Assalamualaikum, Bismillah, Pembaca2 blog yang dimuliakan oleh Allah. Bagi pesakit gangguan jin @sihir yang telah melalui berbagai proses rawatan dan belum sembuh lagi maka janganlah putus asa. Cubalah kaedah ini pula.
1) Gangguan ringan@histeria- baca antara 30- 100 kali ayatul kursi setiap hari
2) Gangguan sihir sederhana, saka, sihir bomoh melayu,minang,jawa, buddha,hindu,siam- baca antara 100-390 kali ayatul kursi setiap hari
3) Gangguan sihir berat, santau katak puru, sihir bomoh arab, yahudi , kristian- baca antara 300- 1000 kali ayatul kursi sehari
Peringatan:Ini adalah petua@kaedah sahaja. Mudah2an disembuhkan oleh Allah
RAWATAN ISLAM TAMAN INDERASEMPURNA KUANTAN PAHANG
RAWATAN SIHIR, RAWATAN SAKA, RAWATAN SANTAU, RAWATAN KANSER, , RAWATAN ANGIN PASANG & ANGIN MEDU, RAWATAN RESDUNG,BUSUNG, BEKAM SUNNAH, BEKAM ANGIN, BEKAM SIHIR
Thursday, 21 February 2013
Friday, 25 January 2013
ZIKIR KUNCI DIRI UNTUK PERAWAT/TUKANG URUT DARI DISERANG SYAITAN
![]() |
Add caption |
ZIKIR KUNCI DIRI UNTUK PERAWAT/TUKANG URUT DARI DISERANG SYAITAN
Hadith direkodkan Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Sesungguhnya RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
"Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali zikir berikut iaitu : La ilaha illaLlah wahdahu la syariKalah lahu mulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qodir" nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis bagi 100 kebajikan, dihapuskan 100 dosa kejahatan, terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu, melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya.
Bagi perawat/tukang urut yang baru menceburkan diri dalam bidang rawatan,perlu diingatkan kerja-kerja sebegini memang berisiko tinggi..jika anda kurang amalan pendinding diri,badan anda boleh lumpuh/bisa-bisa apabila diserang jin/syaitan...
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi,saya syor anda baca zikir diatas 100x setiap kali sebelum merawat/mengurut pesakit...InsyaAllah diri anda terpelihara olehNya...
MEMBELASAH JIN-JIN LAUT DALAM@OFFSHORE

Semalam saya didatangi seorang pemuda yang mengadu sering sakit kepala,dada dan kerap terjaga dari tidur.Beliau mulai sakit ketika mula bekerja di OFFSHORE..Saya syak ini permainan sihir manusia kerana bila saya tekan rusuk kiri dan kanan,pesakit mengerang kesakitan yang amat..
Setelah membuka semua penutup air yang dibawa beliau,saya mula membacakan set ruqyah pembatal sihir dengan ulangan yang banyak dengan memegang ubun-ubun pesakit..Wajah pesakit berkerut-kerut menahat sakit seolah-olah ada lembaga yang merentap rambut beliau...
Setelah tamat sesi ruqyah,saya membekalkan pesakit amalan dan mandi serta minum air rawatan selama 7 hari berturut-turut...Rawatan tamat..
BERTARUNG HABIS-HABISAN DENGAN JIN HARIMAU DI SETIAWANGSA KL

Malam tadi saya menerima jemputan untuk mengubat seorang pesakit lelaki yang sudah lama terkena gangguan jin iaitu lebih kurang 15 tahun lamanya.Simptom yang beliau alami ialah sering sakit kepala,muntah-muntah,terjun dari tempat tinggi dan juga sukar untuk fokus dalam kerja sehingga menyebabkan beliau berhenti kerja.
Bahan-bahan rawatan seperti 21 biji limau purut,2 botol besar air mineral dan juga 2 kampit ais sudah tersedia,lalu saya memulakan sesi ruqyah sambil memegang kepala pesakit.Setelah 5min ruqyah dibacakan pesakit mula gelisah dan tidak selesa,lebih kurang 5min kemudian pesakit tiba-tiba mengaum macam harimau dengan kuat dan mula bertindak ganas.Saya cuba berdialog dengan jin harimau tersebut dengan baik,tapi tiada respon,seperti biasa saya teruskan bacaan ruqyah selama 15min sehingga pesakit muntah,kemudian saya menyuruh pesakit mandi dengan air ruqyah yang sudah dicampur dengan 3biji limau purut dan 2 kampit ais.
Setelah selesai sesi mandian dengan air ruqyah,pesakit merasa sakit-sakit dibahagian kulit,lalu saya meneruskan sesi ruqyah untuk kali kedua pula.Kali ini pesakit kerasukan juga tapi tak seganas masa mula-mula tadi,nampaknya jin pengganggu mula lemah,jadi saya mula memicit jari kaki pesakit dan juga leher pesakit,jin pengganggu menjerit dengan kuat dan tiba-tiba pesakit terus tersedar.Selalunya bila pesakit tersedar semasa kita sedang menyeksa jin pengganggu,bermakna jin tersebut sudah melarikan diri dek kerana tak tahan sakit.Pesakit merasa badannya lega dan agak ringan,jadi saya hentikan rawatan dan membekalkan amalan kepada pesakit untuk mantapkan pendinding diri selain itu juga pesakit perlu minum dan mandi air ruqyah selama 7hari berturut-turut,rawatan tamat.
POINT BEKAM DALAM MERAWAT KADAR KOLESTEROL TINGGI,KEGEMUKAN DAN OBESITI
Pesakit dianjurkan melakukan bekam darah 6cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah berat badan akan berkurangan.
OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek
JIN MENANGIS KENA RUQYAH

Empat hari yang lepas saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan resdung.Sebelum menjalani rawatan resdung,si isteri bertanyakan kepada saya adakah dia terkena gangguan jin sebab dia sering mengalami sakit kepala dan kerap bermimpi dipatuk ular.Saya mengatakan ia adalah simptom positif terkena gangguan jin dan saya menyuruh pesakit duduk melunjur untuk saya melakukan scanning bagi mendapatkan kepastian.
Saya hanya membacakan fatehah,kursi dan 3 qul kepada beliau dan beliau merasakan panas yang amat sangat dibahagian tengkuk.Kemudian saya meneruskan sesi ruqyah dengan membacakan set ruqyah yang panjang sedikit dan beliau terus menangis tanpa henti.Saya memberitahu pada suami pesakit bahawa isteri beliau memang ada terkena gangguan jin yang aktifn dan menasihatkan mereka untuk datang rawatan susulan dengan membawa 2 botol besar air mineral dan 21 biji limau nipis.
JIN BERLAGAK BUAT SIMBOL ROCK

Semalam saya berkesempatan meruqyah seorang pesakit wanita yang sudah lama dibelenggu masalah gangguan jin di Cheras.Pesakit nie bila dibacakan ruqyah,otak dan mindanya sedar cuma tangan beliau sahaja yang jin kawal yang membuatkan anggota badannya ingin menyerang perawat.
Kalau kes begini,kita susah nak memukul jin tersebut kerana minda pesakit sedar 100% dan kalau kita lihat kes-kes terdahulu,jin amat suka mengawal otak pesakit dan ia berlaku sebaliknya pula untuk kes sebegini.
Saya meruqyah pesakit dalam jarak 1 meter untuk langkah-langkah keselamatan kerana tangan pesakit sudah mula menggenggam cuba untuk menyerang saya,tapi yang peliknya tangan kiri pesakit kerap membuat simbol "rock" seperti gambar diatas.Saya pun naik pelik..apa pulak maksud jin nie...
Selepas tamat bacaan ruqyah,saya meniup pada satu jug air filter untuk pesakit buat minum dan mandian....Rawatan tamat..
Subscribe to:
Posts (Atom)