![]() |
Add caption |
ZIKIR KUNCI DIRI UNTUK PERAWAT/TUKANG URUT DARI DISERANG SYAITAN
Hadith direkodkan Imam Al Bukhari daripada Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu katanya :
Sesungguhnya RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
"Sesiapa yang berzikir sebanyak 100 kali zikir berikut iaitu : La ilaha illaLlah wahdahu la syariKalah lahu mulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai'in qodir" nescaya baginya pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis bagi 100 kebajikan, dihapuskan 100 dosa kejahatan, terpelihara daripada gangguan syaitan yang direjam pada hari tersebut sehingga ke petang dan tidak ada seorang pun yang dapat menandingi kelebihan amalannya itu, melainkan lelaki yang beramal lebih banyak daripada amalan yang dilakukannya.
Bagi perawat/tukang urut yang baru menceburkan diri dalam bidang rawatan,perlu diingatkan kerja-kerja sebegini memang berisiko tinggi..jika anda kurang amalan pendinding diri,badan anda boleh lumpuh/bisa-bisa apabila diserang jin/syaitan...
Untuk mengelakkan perkara ini terjadi,saya syor anda baca zikir diatas 100x setiap kali sebelum merawat/mengurut pesakit...InsyaAllah diri anda terpelihara olehNya...
No comments:
Post a Comment