GANGGUAN JIN DI PIHAK ISTERI BOLEH MENYEBABKAN SUAMI DINGIN SEKS

Seminggu
yang lepas kami menerima jemputan dari seorang surirumah berumur awal
30an di Klang yang inginkan rawatan aura seri.Beliau berminat rawatan
aura seri ini kerana beliau merasakan suaminya kurang mengambil
perhatian pada diri beliau lebih-lebih lagi hal nafkah batin semenjak
2-3 tahun kebelakangan ini.Dipendekkan cerita kami membacakan ruqyah
aura seri pada beliau,dalam masa sesi ruqyah kami melihat surirumah
tersebut tidak selesa seperti sakit pinggang dan sebagainya.Lalu saya
menepuk pinggang surirumah terbabit sambil membacakan ayat pemecah tapak
jin,alhamdulillah surirumah tersebut muntah dan badan mulai teras
ringanSetelah selesai sesi ruqyah,kami bertanyakan apa respon pada tubuh
badan semasa kami membacakan ayat-ayat ruqyah tadi.Surirumah tersebut
menyatakan yang beliau sakit pinggang dan muka terasa panas,mengikut
pengalaman kami yang lepas-lepas,jika simptom sakit pinggang semasa
diruqyah itu adalah petanda pesakit terkena sihir pemisah
rumahtangga.Selain itu,surirumah tersebut menyatakan yang beliau sering
bermimpi dipatuk ular semenjak kebelakangan ini,mimpi dipatuk ular
adalah petanda kita sedang diganggu jin.Sebelum pulang kami menerangkan
panduan selepas rawatan kepada beliau seperti minum air doa dan mandi
air doa beserta bunga dan limau nipis selama 3 hari,insyaALLAH sembuh
dan wajah pun berseri.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan
dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang
beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan
menambah kerugian" AL-ISRA 82
No comments:
Post a Comment