RAWATAN AURA SERI PEMUSNAH SIHIR


Bagi mereka yang diluarsana yang masih dibelenggu sihir sekian lama,janganlah berdukacita dan gundah gulana,anda boleh mendapatkan rawatan pemusnah sihir dengan kami apabila menjalani terapi aura seri.Terapi aura seri kami adalah rawatan pakej 3in1,kerana ayat al quran yang kami baca mengandungi 3 bahagian,iaitu ayat pembatal sihir,ayat pemutus saka dan ayat penyeri wajah.
Simptom-simptom terkena sihir..
-Sering bermimpi ular hitam/binatang berbisa
-Sering bermimpi seram yang menakutkan
-Sering bermimpi berada ditempat yang kotor
-Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Sering bermimpi jatuh dari tempat tinggi
-Sukar mendapat jodoh
-Pasangan kerap berubah hati dan tidak berminat meneruskan hubungan
-Sakit kepala selepas waktu asar keatas
-Sakit dada selepas waktu asar keatas
-Sakit pinggang dan tulang belakang selepas waktu asar keatas
-Sering bertengkar suami isteri kerana masalah remeh temeh
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Sering ditindih ketika tidur
-Sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang tak dikenali
-Badan ada tanda lebam bila bangun waktu pagi
-Sayang melampau/nafsu membuak-buak pada pasangan yang baru dikenali
Untuk terapi aura seri,sila bawa sebotol air mineral,9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
MAKIN RAMAI PULAK LELAKI KEJAR SAYA...
Ini kisah benar berlaku pada seorang wanita berumur lewat 30an yang sudah menjalani rawatan aura seri dari pihak kami sebanyak 3x sesi.Sebelum datang mendapatkan rawatan beliau mengadu sering rasa sepi dan rendah diri akibat tiada lelaki/jodoh yang sesuai dalam hidup beliau.Sesudah sebulan menjalani rawatan aura seri dari pihak kami,kini beliau diburu ramai lelaki pula termasuk yang lelaki bergelar VIP.Saya nasihatkan kepada beliau supaya kerap solat istikharah minta petunjuk daripada Allah SWT tentang lelaki mana yang sesuai menjadi calon suaminya dimasa-masa akan datang.
MERASUK SEMASA RAWATAN AURA SERI
Ini kisah benar berlaku 5 hari lepas apabila seorang wanita pertengahan 30an dari Klang berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan aura seri bagi meringankan masalah jodoh.Beliau kerap mengadu sakit pinggang,badan lebam-lebam dan banyak halangan apabila menjalin hubungan dengan lelaki.Dipendekkan cerita saya terus menyuruh beliau duduk melunjur kearah kiblat sambil memejamkan mata,lalu saya membaca ayat al quran pembatal sihir dan penyeri wajah.Dalam masa 5 minit ayat al quran dibacakan,badan beliau kerasukan seperti bergoyang-goyang dengan agresif.Ini petanda ada gangguan yang aktif bergerak dalam alirah darah pesakit,tanpa mengendahkan respon tersebut saya terus membacakan lagi ayat al quran yang panjang selama 15min sambil menepuk tengkuk pesakit,alhamdulillah rawatan dipermudahkahkan olehNya,pesakit mula muntah dengan banyak.Selepas tamat bacaan ruqyah,pesakit merasa lega dan ringan pada seluruh tubuh badan,saya mengesyorkan pesakit minum dan mandi air doa serta bunga selama 3 hari bagi menawarkan segala gangguan dalam badan.Amalan ayat-ayat syifa diberikan kepada pesakit untuk pesakit bagi memaksimumkan aura diri dan pendinding diri.
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
RESPON POSITIF 100% DARI PELANGGAN YANG TELAH MENJALANI RAWATAN AURA SERI


Alhamdulillah berkat izinNya,kebanyakan respon dari pelanggan-pelanggan yang sudah menjalani terapi aura seri dari kami agak positif dimana setelah mereka mandi 3 hari berturut-turut air doa + bunga,gangguan jin yang berada pada badan pun beransur pulih,badan terasa ringan,jiwa semakin bersemangat dan positif serta perhubungan dengan orang sekeliling dan majikan juga semakin baik dari hari ke hari.
Bagi mereka diluarsana yang ingin merasai sendiri kesegaran rawatan aura seri kami ini,datanglah berkunjung ke pusat rawatan kami dan temujanji dengan perawat-perawat aura seri kami,insyaAllah berhasil...
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82
RAWATAN AURA SERI TERAPI 5in1

Terapi aura seri adalah terapi al quran 5in1...
-Menyembuhkan masalah santau
-Menyembuhkan masalah sihir
-Menyembuhkan masalah saka
-Menyerikan wajah
-Meringankan jodoh
Sudah 2 bulan rawatan aura seri dilancarkan,alhamdulillah berkat izinNya ada seorang pelanggan terapi aura seri kami sudah mendapat jodoh,kami doakan jodoh beliau bahagia hingga keakhir hayat aminnn...
HANTU AKAN LARI BILA MENJALANI TERAPI AURA SERI


Kaedah terapi aura seri kami bukan sahaja memfokuskan kepada menaikkan seri wajah sahaja,kami juga membacakan ayat-ayat al quran yang menghalau jin dari badan anda,insyaAllah segala gangguan jin akan tawar kerana kami juga akan membacakan ayat pembatal sihir sekali dan bayaran pun seikhlas hati..
Sila hubungi dengan SMS perawat aura seri kami..
-Utz Haikal 013-347 5449 (Kedai Penawar Sihir & Saka belakang Masjid Jumhuriyah Tmn Dato Harun PJ)
-Utz Hanafiah 019-994 0839 (Kuantan,Pahang)
MERAWAT KES SIHIR FACEBOOK DI PJ

Semalam petang kami berkesempatan merawat seorang surirumah di PJ dimana sisuami mengadu bahawa isterinya sudah terkena sihir angkara ketagih dengan FACEBOOK.Pesakit sudah berjinak-jinak dengan facebook sudah hampir setahun dan dalam setahun tersebut perangai isterinya banyak sangat berubah seperti tidak bernafsu untuk melakukan seks,sering keluar dan tiada dirumah dan bertukar-tukar teman lelaki.Kebetulan pula sisuami menjumpai objek sihir dihadapan pintu pagar rumah beliau dalam 6 bulan lepas,sebab itulah siisteri terasa panas bila dirumah lebih-lebih lagi berdekatan suami dan kerap mencari ketenangan diluar rumah seperti bersosial dengan kenalan FACEBOOK yang baru dikenali.Sampai sahaja kami dirumah pesakit semalam,kami terus membacakan al quran ayat pembatal sihir berhampiran bilik pesakit kerana pesakit tidak mahu memberi kerjasama untuk dirawat dan dalam masa yang sama pesakit cuba mengamuk ingin keluar dari rumah,tetapi semua pintu rumah dan pagar telah sisuami kunci siap-siap.Setelah selesai bacaan al quran,saya menyuruh ibu pesakit memandikan pesakit dengan air doa dan memberikan pesakit minum air ruqyah + madu untuk menawarkan segala barang makan (sihir) yang ada didalam badan pesakit,kemudian pesakit baring dan tidur akibat keletihan.Jikalah ditakdirkan pesakit ini sembuh kelak,saya harap pesakit perlu banyak lakukan solat taubat dan mendalami ilmu fardhu ain serta memohon maaf pada sisuami akibat nusyuz kerana kerap keluar rumah tanpa izin suami.Selain itu pesakit juga jangan mendekati FACEBOOK semula kerana disebabkan FACEBOOK inilah rumahtangga yang dibina selama 7 tahun akan runtuh sekelip mata,jadi siisteri perlu sedar diri setiap masa yang dirinya itu adalah status isteri orang dan perlu faham tanggungjawab isteri pada suami,anak-anak dan keluarga.

PENYEMBUHAN TERAPI AL-QURAN UNTUK PENYAKIT ANEH
Seorang wanita menderita penyakit aneh disekitar dada dan punggungnya mengakibatkan nafasnya menjadi sesak dan susah bergerak.Dia kerap membaca surah Al-Fatehah 7x sambil memegang bahagian tubuhnya yang sering terasa sakit.Setelah membiasakan bacaan itu,ternyata sakitnya sembuh dalam waktu yang sangat singkat.Kesimpulannya, kita boleh mengubati sebarang penyakit fizikal yang ada pada diri kita dan juga keluarga dengan meletakkan tangan pada tempat yang sakit sambil membaca fatehah ulangan 7x sehari dengan istiqomah.
SUMBER:Dari buku HIKMAH TERAPI AL-QURAN
Tuesday, 27 December 2011

Bekam ini melibatkan 10cup disekitar punggung dan anggota yang bengkak akibat bengkak gout.Gout berpunca dari kandungan uric acid yang tinggi pada saluran darah,insyaAllah selepas berbekam kawasan yang bengkak tidak sakit lagi kerana uric acid telah keluar bersama darah bekam.Untuk kesembuhan yang maksimum,anda disyorkan makan 1bj pagi dan 1bj petang kapsul BARAKA habbatus sawda selama sebulan

Bekam melibatkan 10cup disekitar tengkuk,kepala dan bahu
bagi menstabilkan semula tekanan darah yang tinggi,insyaAllah segala toksid,toksin dan kolestrol akan keluar bersama darah bekam.Pesakit dianjurkan berbekam untuk masalah darah tinggi ini sebulan sekali.Untuk kesembuhan yang maksimum,anda disyorkan makan 1bj pagi dan 1bj petang kapsul BARAKA habbatus sawda selama sebulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment