
Semalam
petang kami dikunjungi oleh seorang ibu tunggal berbangsa india
bersama teman lelakinya yang mengadu seluruh badan sakit-sakit akibat
disihir oleh bekas suami,dah puas berubat kesana kemari tapi gangguan
jin masih degil juga.Saya terus memulakan sesi ruqyah dan apabila baru
surah al fatehah dibacakan,pesakit sudah meronta dengan kuat dan ingin
berlari keluar dari pusat rawatan,lalu saya menyuruh teman lelakinya
memegang pesakit.Kemudian saya teruskan lagi dengan membaca ayat
pembatal sihir,pesakit kerasukan makin ganas dan mula mencekik diri
sendiri,lalu saya sapukan minyak kasturi hitam pada hidung pesakit.Jin
dalam badan pesakit semakin menyumpah-nyumpah dan berteriak kuat,lalu
kamu gunakan teknik ruqyah sentuhan dengan memegang pada ubun-ubun
pesakit,dalam masa 10min sesi ruqyah sentuhan,jin pengganggu akhirnya
mulai lemah dan pesakit pun terbaring longlai.Kami masih meneruskan
bacaan ruqyah sehingga tamat dan akhirnya pesakit sedar dan muntah,kami
syak pesakit sudah banyak termakan barang sihir kerana pesakit asyik
mengadu sakit perut semasa sesi ruqyah sedang berjalan.Lalu saya
memberikan madu tualang ruqyah sebanyak 4 sudu,akhirnya perut pesakit
sudah kurang sakit,saya bekalkan pesakit 2 botol air bidara ruqyah
untuk pesakit minum dan mandi 7 hari,rawatan tamat...
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang
menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi
orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 8
No comments:
Post a Comment