Enam hari lepas saya berkesempatan merawat seorang surirumah di
Sunway..Kes mereka ini ialah beliau terkena sihir pemisah sejak sekian
lama,dimana sihir nie telah bertapak sudah 8 tahun iaitu sejak beliau
mendirikan rumahtangga hingga lah sekarang nie.
Simptom yang beliau alami ialah kerap bermimpi dikejar binatang semasa
tidur,suka naik angin terhadap suami,melihat wajah suami dalam kedaan
yang buruk dan juga sakit pinggang,kepala serta badan gatal-gatal.Nafsu
beliau terhadap suami juga agak menurun disebabkan permainan sihir
tersebut....
Saya seperti biasa membacakan set ruqyah dan setelah 5min
berlalu,pesakit mula kerasukan dan jinnya mula menangis....lalu
terjadilah dialog dengan jin tersebut..
Saya : Wahai jin ..kenapa kamu ganggu pesakit nie ?
Jin : Tolong ustaz aku dah tua...aku dah tak larat nak sakitkan dia lagi...
Saya : Dah tahu tua pun masih tak sedar diri lagi...Sebaiknya kamu bertaubat dan kembali kepangkal jalan...
Jin : Aku diupah dan disuruh oleh tuan aku untuk bunuh dia..tapi aku
sakit dan nak keluar dari tubuh ini ..tapi tuan aku ikat dalam badan
dia..
Saya : Engkau nie jin kategori apa yer..tunjukkan padaku dimana semua ikatan yang kau katakan tu ?
Jin : Aku hantu raya (pesakit masih kerasukan dengan lidah terjelir panjang)..ikatan tu banyak ustaz..ada merata-rata tempat..
Saya : Lantas terus saya membacakan selawat tafrijiyah 3x,al falaq 3x
dan an nas 3x pada secawan air dan diberikan pesakit minum..Pesakit
mulai muntah tapi jin masih degil dan berada dalam badan pesakit
lagi...
Syaitan : Jangan kau kacau aku !!! (suara jin yang berlainan dari jin yang mula-mula tadi)
Saya : Engkau nie jin mana pula nie ?
Syaitan : Aku syaitan...aku ingin bunuh dia..haaa haa haa...
Saya : Macam nie lah...nampak gayanya aku terpaksa berkasar dengan
kamu semua nie sebab kamu semua nie zalim kerana menyakiti jasad
manusia nie sudah sekian lama..(saya memicit jari manis kaki pesakit)
Syaitan : Aduhhhhhhhh ahhhhhhh !!!!!!! (Syaitan menjerit dengan kuat sekali sehingga boleh kedengaran satu blok apartment)
Saya : Saya agak tidak selesa dengan jeritan jin yang terlalu kuat
oleh jin pengganggu dan bunyi tersebut boleh mengganggu ketenteraman
penduduk apartment tersebut.Lalu saya tidak menyeksa jin pesakit dan
baringkan pesakit...Lalu saya membacakan pada semua air mineral
Lauanzalna 7x untuk dibuat minum dan mandian oleh pesakit...
Setelah tamat bacaan Lauanzalna tersebut,pesakit mulai sedar dan bangun
semula dengan keadaan wajah yang cerah berbanding sebelum sesi rawatan
tadi.Pesakit mengatakan badan ada rasa ringan sedikit dan terasa ada
benda yang keluar...
Saya menasihatkan pesakit untuk istiqomah dengan amalan,serta minum dan
juga mandi air ruqyah yang saya sediakan tadi selama 7hari
berturut-turut.